Taja RM10 untuk seunit headlamp dan bateri untuk aktiviti caving Gua Tempurung. Call/SMS/Whatsapp 011-12908326 (Zawanah). 55 orang taja untuk 55 orang anak yatim.
My Story
Program Kembara Amal Bersama Anak Yatim 6.0 merupakan program yagn dikelola oleh Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya. Program ini dijalankan bertujuan untuk menanam rasa syukur dan membantu golongan kurang bernasib baik sambil menghayati keindahan ciptaanNya. Ianya khusus buat anak-anak yatim bagi merasai pelbagai pengalaman aktiviti rekreasi yang menarik. Kembara Amal Bersama Anak Yatim merupakan program sukan dan rekreasi bersama anak yatim yang telah dilaksankan sejak 6 tahun berturut-turut.
Antara objektif program ini adalah:
- Memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai pelbagai pengalaman aktiviti rekreasi yang mencabar.
- Menanam sifat keprihatinan dalam diri mahasiswa terhadap golongan kurang bernasib baik.
- Melahirkan mahasiswa serta anak-anak yatim yang optimis dan seimbang dalam mengejar ilmu pengetahuan dari aspek rohani dan jasmani.
- Membentuk nilai-nilai kepimpinan dalam diri mahasiswa dalam mengendalikan program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.
Pada tahun ini, Kembara Amal 6.0 bersama 38 orang jawatankuasa pelaksana dan 6 orang sukarelawan dengan tema 'Kasih Terjalin, Memori Tercipta' akan bekerjasama dengan Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor, Perak. Kembara Amal 6.0 akan mengembara bersama 55 orang peserta di Gua Tempurung, Gopeng, Perak, pada 24 - 26 Mac 2017.
Program ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada anak-anak yatim seperti latihan dalam kumpulan serta pelbagai aktiviti rekreasi di Gua Tempurung, Gopeng, perak. Antara aktiviti menarik bakal dilakukan bersama-sama adalah seperti caving di Gua Tempurung, river tubing, jungle trekking, camping, aktiviti sukaneka, dan jamuan makan malam BBQ.
Sehubungan itu, team kami mengalu-alukan sumbangan berbentuk tunai mahupun barangan. Sumbangan tuan/puan sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan kewangan dan didahulukan dengan jutaan terima kasih. Untuk sumbangan bolehlah hubungi kami di:
011-1290 8326 (Zawanah)
012-211 7552 (Ikhmal)
Peruntukan kewangan diperlukan untuk tujuan berikut:
1. Air mineral - (sponsored)
2. Bahan mentah untuk keperluan memasak seperti beras, minyak, telur, bawang, dll. - RM300
3. Barang-barang untuk 6 buah hamper (bajet satu hamper adalah RM25). - (sponsored)
4. Roti atau biskut untuk menu sarapan pagi, minum petang, dan supper. (sponsored)
5. Milo atau teh atau air kordial. - RM20
6. Pinggan dan cawan kertas secukupnya. - RM50
7. Headlamps dan bateri untuk aktiviti caving Gua Tempurung. - 55 unit X RM10 seunit = RM550
Marilah sama-sama merebut peluang ini untuk berbuat baik kepada yang memerlukan. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.
Together, let's make a difference by making it possible for the orphans to have an enriching adventure at Gua Tempurung, Perak!
Team Kembara Amal 6.0