Solo

Semua perubahan bermula dengan anda. Pengumpulan dana untuk Greenpeace atau sumbang hari ini untuk masa depan yang lestari.

My Story

Hi, nama saya Suvaranjani Renganathan. Saya mengumpul dana untuk Greenpeace untuk menghentikan pencemaran plastik di Malaysia. Adakah anda pernah mendengar mengenai Greenpeace??? Kami adalah Ngo antarabangsa untuk persekitaran yang memerangi pencemaran plastik. Malaysia jadi pengimport sampai plastik paling terbesar di dunia. Sebelum ni,china adalah pengimport terbesar sampah-sampah dari negara maju seperti UK, US, Canada. Tetapi sejak 2017 China tidak lagi menerima sampah dari 16 negara-negara maju tersebut dan mengharamkan sebarang logistic penghantaran sampah kerana menyedari impak kesihatan dan alam sekitar terhadap negara mereka. Malaysia mula mengimport sampah plastik dari negara-negara asing seperti Amerika Syarikat, Us dan selainya. Ini diikuti oleh Jepun, Britain, Jerman, Hong Kong, Australia, Belgium, Sepanyol, Estonia dan Perancis. Menurut data dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Nasional yang dikutip oleh Greenpeace Malaysia, US adalah pengeksport sampah plastik tertinggi. Greenpeace Malaysia mendedahkan data dalam laporan "The Recycling Myth" yang mendedahkan pelanggaran peraturan dalam pembuangan sampah plastik. Ini berikutan laporan mengenai kilang mengitar semula sampah plastik haram yang tumbuh di Jenjarom di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Malaysia mengimport 626,328.56 metrik tan sampah plastik bahkan dalam satu tahun. Tetapi, hanya 9% sampah plastik adalah plastik bersih yang dapat dikitar semula, kata Greenpeace. Dikatakan berdasarkan data global, baki 12% sampah plastik dibakar dan 79% berakhir di tapak pelupusan sampah atau dibuang di persekitaran semula jadi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengatakan di Parlimen bahawa perniagaan pemprosesan sampah plastik adalah industri bernilai RM30 bilion yang tidak boleh diabaikan. Penduduk Kuala Langat, yang berada di tengah-tengah pertempuran menentang. 50 pusat kitar semula plastik haram di kawasan mereka, mengatakan bahawa nilai ini menanggung kos kesihatan mereka. Greenpeace Malaysia menyambut baik keputusan pemerintah untuk melarang pengimportan sampah plastik secara kekal tetapi mendesak agar dasar yang lebih kuat juga dapat mengawal pengimportan sampah plastik bersih. Selain itu, Greenpeace dapat tutup 150 kilang haram di Selangor. Dekat Jenjarom pula, pengendali haram membakar sampah plastik yang berjumlah 50 metrik tan plastik di tepi jalan raya setiap malam. Disebabkan ini, ramai penduduk tempatan menghadapi masalah kesihatan seperti batuk, asthma, dan selainya. Tetapi Greenpeace dapat maklum balas yang baik selepas hasilkan report 'The Recycling Myth' dan menghampirikan report tersebut dekat adun-adun Selangor. Tetapi isu ini telah merebak ke sebelah utara seperti Kedah, Penang dan Ipoh. Greenpeace adalah Ngo yang bebas yang tidak menerima dana atau sokongan daripada kerajaan dan organisasi. Greenpeace perlukan sokongan dari public orang seperti anda dari segi kewangan. Anda boleh memainkan peranan sebagai khalifah dekat bumi ini melalui menyumbang Greenpeace.

Recent Donors

  • Sivaraman Muniandy

    Tq my little girl

    MYR 55 02/16/2021 01:17:17 PM UTC

  • Geetha Ambiga

    MYR 10 02/11/2021 03:30:56 PM UTC

  • Anjali Chandram

    Good job

    MYR 10 02/10/2021 03:36:11 PM UTC

  • Anonymous

    MYR 50 02/09/2021 03:24:48 PM UTC

  • Razin

    Keep going suva for our environment 💪

    MYR 45 02/08/2021 06:31:18 AM UTC

  • Renganathan Rajoo

    MYR 20 02/05/2021 03:27:38 PM UTC

  • Sivaraman Muniandy

    Tq my little sister for doing this. God bless u.

    MYR 50 02/04/2021 02:20:00 PM UTC

  • Jian Lim

    Good job suva👏👏👏👏👏

    MYR 20 02/03/2021 02:43:16 PM UTC

  • Ida Comel

    MYR 10 02/01/2021 09:44:11 AM UTC

  • Anonymous

    Keep it up suva.

    MYR 15 01/29/2021 03:31:36 PM UTC

Comment via Facebook