Corporate Team

Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-66 adalah bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia, dengan membantu menyediakan bekalan makanan asas dan keperluan untuk mereka menyambut bulan Kemerdekaan Malaysia seperti insan yang lain.

My Story

Setiap tahun, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada setiap 31 Ogos.Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-66 adalah bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia, dengan membantu menyediakan bekalan makanan asas dan keperluan untuk mereka menyambut bulan Kemerdekaan Malaysia seperti insan yang lain.Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-66 adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sejak dari awal penubuhannya lagi. 

Mengapa Kembara Merdeka dijalankan setiap tahun oleh YFBM? Kembara Merdeka ini mempunyai objektif seperti:
  • Bantu keluarga asnaf dari golongan terbawah B40 dengan sumbangan barang-barang keperluan asas supaya ianya dapat memberi sedikit ruang kelegaan dalam menghadapi kemelut kehidupan mereka saat ini. Mungkin usaha kita dapat kurangkan sedikit tekanan emosi dan hindarkan dari trauma dan kemurungan.
  • Pamerkan keprihatinan dan kepedulian masyarakat Malaysia kepada golongan asnaf B40 terbawah di luar sana yang hidup terhimpit dengan keadaan ekonomi semasa dan kenaikan harga barang
  • Menyemarakkan semula semangat patriotik didalam masyarakat Malaysia dengan mengedarkan Bendera Malaysia kepada kesemua penerima bantuan, menyemarakkan sesi serahan dengan nyayian lagu patriotik dan memberikan penerangan tentang erti kemerdekaan.
Layari https://www.yfbm.org/kembara-merdeka-2023/ untuk lebih lanjut.

Recent Donors

Team Members

Comment via Facebook