Pair

Setiap PERJALANAN HIDUP, PASTI akan berMAKNA jika TERUS meLAKUkan seKECIL KEBAIKAN meski SULITnya HIDUP untuk diTERJEMAH

My Story

KLIM MULU (FIGHT AGAINST CANCER) Diberikan peluang di bawah PLATFORM MAJLIS KANSER NASIONAL (MAKNA), Team Jejak Borneo SJS(SUKARELAWAN JALANAN SARAWAK) menyahut SERUAN PERJUANGAN melaksanakan MISI ini sebagai TANDA SOKONGAN PADU kepada KELUARGA, SAHABAT DAN HAMBA ALLAH yang sedang diuji dengan KANSER walau di mana sahaja berada Bukan kekuatan FIZIKAL menjadi ukuran, namun kekuatan MENTAL dan berbekalkan keyakinan pasti MISI ini akan berjaya. Team Jejak Borneo SJS diwujudkan sesuai dengan visi SUKARELAWAN JALANAN SARAWAK yang mahu melahirkan sukarelawan yang sentiasa berpaksi hati dan niat positif dalam KERJA AMAL SECARA SUKARELA. Selain membudayakan hidup sihat bebas dan cergas setiap masa. Program memberi peluang kepada KELUARGA SUKARELAWAN JALANAN SARAWAK membantu dan menzahirkan SOKONGAN kepada INSAN YANG diuji di bawah MAKNA secara terus. Kami mengalukan KONGSI REZEKI (SUMBANGAN) anda dalam IKHTIAR kami mengumpul sebanyak mungkin SUMBANGAN. Setiap KONGSI REZEKI memberi MAKNA ❤️ kepada kami. TERIMA KASIH di atas segala SOKONGAN anda dalam menjayakan KLIMB MULU 2022 yang bakal diadakan pada 2 - 7 SEPTEMBER 2022

Recent Donors

Team Members

Raden Othman Raden Zuraini

Raised : MYR 2,575

Comment via Facebook